Wednesday, 14 January 2015

JOM AMALKAN BACA SURAH AL-MULK

Assalamualaikum..

Hari ni nak entry pasal kelebihan apabila kita mengamalkan 
membaca surah AL-MULK setiap malam.

Di dalam Al-Quran, surah Al-Mulk adalah surah yang ke 67. Surah ini mengandungi sebanyak 30 ayat.
Surah ini dinamakan Al-Mulk kerana pada ayat yang pertama mempunyai maksud kerajaan.

Surah ini dikenali sebagai surah keamanan dan keselamatan. Ini adalah kerana sekiranya surah ini diamalkan oleh kita setiap hari maka surah ini akan menjadi pendinding dan penyelamat dari seksa kubur. In Sha Allah


Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.


Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: 
  • “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya:  
  • “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
  •  “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
  •  
  • Ulama berkata: 
  • “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”


So kita dah tahu akan kelebihan surah Al-Mulk ni kan. Jom la kita sama2 amalkan. Alhamdulillah aku dah amalkan membaca Surah Al-Mulk dan Surah Al-Waqiah setiap malam. Aku harap semoga aku akan terus istiqamah dalam mengamalkan membaca kedua2 surah ni setiap malam, Semoga ia akan menjadi penyelamat aku di alam barzakh nnt.. Amin..

Ya Allah.. Kau ampunilah segala dosa2 ku.. Kau berikan la aku kesabaran dan kekuatan dalam menjalankan ibadahku terhadapMu. Kau lindungilah aku dan juga keluargaku.. Kau murahkan la rezeki aku di dunia ini.. Amin Ya Rabbal A'lamin...


Jom semua... jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian kita yer.. In Sha Allah...:)






Ikhlas dari seorang hamba yg kerdil lagi hina..