Dalam menjenguk2 ke blog orang lain, dalam hati ku tiba-tiba terlintas satu persoalan..Adakah aku ini mampu untuk menjadi seorang ISTERI YG SOLEHAH kepada suamiku.. huhu.. Rasanya aku ini masih belum betol2 jadi isteri yang solehah.. Hoho.. Sungguh sukar rasanya diri ini untuk jd isteri yang solehah..
Ya Allah, Kau bantu la hamba Mu ini untuk berusaha menjadi isteri yang solehah kepada suamiku dan Ummi yg terhebat untuk anak-anakku.. Kau kuatkan la semangatku ini Ya Allah.. SesungguhNya Engkau adalah Tuhan Yg Maha Penyayang kepada hamba2 Mu.. Amin..
Alhamdulillah.. Perkahwinan aku kini sudah hampir 2 tahun lebih.. Sepanjang menempuh alam rumah tangga ni, banyak dugaan dan rintangan yg mendatang aku dan suamiku tempuhi dengan sebaiknya.. Alhamudulillah.. Kami masing2 xde menimbulkan masalah yg berlarutan.. Aku dan suamiku pun masing2 dah masak dgn perangai masing2.. haha.. Tapi suami isteri mesti ade bergaduh jugak kan? Sedangkan lidah lagi tergigit Inikan pulak suami isteri.. Betol tak?? Tp kami kalau bergaduh pun sekejap jer dh berbaik semula.. kiki.. ^_^
So selagi hayat aku masih di kandung badan.. Aku berharap sgt aku mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah.. Penyejuk mata suamiku dan Pendamping setia suamiku.. Amin.. Mudah2an Ya Allah.. Kau bantula hambaMu ini..Ya Allah
BAGAIMANA NAK JADI WANITA SOLEHAH YER??
** TAAT
Macam mana nak taat? Kena la patuh pada suruhan suami selagi tidak bertentangan dengan syariat agama Islam.Dengar cakap dan PATUH..
**MENJAGA SOLAT 5 WAKTU.
Solat adalah tiang agama. Jadi kita sebagai seorang Muslim hendaklah menitik beratkan soal solat ini dalam keluarga kita. Jangan biarkan solat kita terabai. Sekiranya kita menjaga solat kita sebaiknya maka Allah pun pasti akan menjaga keharmonian dan kebahagiaan keluarga kita.. In Sha Allah.
**MENJAGA AURAT DAN BATAS PERGAULAN.
Dalam Islam telah menegaskan supaya Kaum Hawa menjaga aurat. Jadi isteri juga wajib menjaga dan menutup aurat sebaiknya. Sesungguhnya aurat seorang isteri itu adalah untuk suami nya sahaja.
**CIUM TANGAN
Semasa suami hendak keluar ke tempat kerja atau ke mana2, ciumla tangan suami anda dengan penuh kasih sayang. Sama juga kalau isteri yang hendak keluar. Ini sangat penting supaya kita mendapat restu dari suami untuk keluar..
**SELALU MASAK UNTUK SUAMI.
Sentiasa la masak untuk suami dan juga keluarga anda. Sesungguhnya air tangan isteri itu lebih kasih sayangnya. Masak la dengan seikhlas hati yer. Ketika masak itu selalu la berselawat kepada Nabi Muhamad SAW supaya makanan yg bakal dimakan oleh kita sekeluarga diberkati Allah..
**JUJUR DAN TIADA RAHSIA
Sikap ini amat penting dalam melayari alam rumah tangga. Suami dan isteri hendaklah sentiasa bersikap JUJUR dengan pasangan masing-masing. In Sha Allah jika sikap Jujur ini diterapkan dalam diri, kebahagiaan akan berpanjangan tanpa ada rasa sangsi atau curiga terhadap pasangan.
**HORMAT
Hormati lah suami kita. Bagaimana untuk kita hormat?? Sekiranya ada perbincangan apa2, buatla keputusan dengan sebaiknya. Kita hendaklah dengar pendapat suami juga. Jangan berbuat keputusan tanpa berbincang dgn suami terlebih dahulu. Ini mungkin akan menyebabkan suami berasa anda tidak memerlukan beliau dalam urusan sesuatu.
**MANJA
Walaupun sudah mempunyai anak yang ramai jangan biarkan perasaan manja terhadap suami pudar. Sentiasa berusaha untuk bermanja dengan suami anda. Ini amat penting kerana suami akan merasakan diri nya amat diperlukan oleh anda.Rajin2la peluk dan cium pipi suami anda.. :)
**SENTIASA SENYUM.
Suami pasti suka melihat isteri mereka sentiasa senyum. Dengan senyuman sang isteri pasti akan menjadikan isteri selesa dan bahagia. Sekiranya suami balik kerja dalam keadaan letih maka sentiasa la senyum. In Sha Allah suami akan berasa tenang dan lega sahaja.. HIHI..
No comments:
Post a Comment