Wednesday, 7 January 2015

FED UP - Company not profesional..


Salam.. Hari ni rasa xdek mood sangat nak kerja.. Tau sebab apa?? Sebab Sampai hari ni pun gaji x masuk2 lagi neh.. Geram nya hati ni.. Sangat melampau gaji x masok lagi walaupun dah nk tengah bulan.

Sekarang bebudak opis pun dah bising mengomel pasal gaji lambat ni.. Budak warehouse pun sama bising jugak. Kami mogok x mau datang kerja nnt baru tau bos aku neh.. Geram nya.

Bukan apa, gaji x fix tarikh bila nak masuknya.. masa mula2 kerja aku tanya gaji masuk bila. Then my lady bos said the salary will bank in on 1st every month. Then I said ok la.. Ada gak kadang2 gaji lambat. Then when I ask them, they said juz bank in by that day.. Hoho.. Tau takot.. Then gaji masok awal sebelum hujung bulan..Ada staff baru masuk masa interview ada tanya pasal gaji, Then my bos said on 28th..Tu pun untuk beberapa bulan jer.

 Nampak tak dekat situ lain2 info diaorang bgtau kat staff.. kejap 1st kejap 28th.. Macam mana ni? x profesional langsung la company ni..  Start dari 2,3 bulan yg lepas jer sistem penggajian jd makin worst. Hoho.. kadang2 masuk 3hb, 5 hb.. Dan untuk bulan ni sampai 8hb pun xde gaji lagi neh.. Mana aku nak cekau duit nk bayar baby, barang dapur, kereta, bg mom ni?? Hoho naseb encik husband ada dapat wet dividen ASB. Boleh la guna wet tu dulu tok bayar apa2 yang patot. Kalau xde dividen ni xtau la nk wat macam mane.

So tekad dalam diri, if this company getting worst dalam penggajian ke, xde increment ke, xde bonus ker aku nak cabot cari kerja lain yg lebih better.. Bukan apa masa interview ritu manis je mulut kata dh lebih stahun ade increment, ade bonus. So nnt kita tgk yer.. Aku awal bulan 3 nnt dah ckup stahun keje sini..Tanya staff lama bila bonus akan masuk. Then dia ckp kalau ada mgkin pas Chinese New year. Bergantong pada performance staff. So tgk untuk this year ade x bonus. Klu xde aku cabot. Bagi notis 24 jam sudah. Walaupun dalam offer letter suruh bagi 2 month notice. Aku x pedulik..Walaupun syg nk benti sbb kerja aku ni rileks ja, no tension2, balik keje ontime.. Tp klu still no benefit working here, I will leave this job. In Sha Allah.

Dah..

P/s: Baru jer check banking online.. Gaji dah masok dah.. Alhamdulillah.. lega ckit hati ni.. So boleh la bayar apa2 yg pending tu..

Next month must get ready. Prepare the back up money. Takot gaji masok lambat lagi.. Hoho..






PAKAI SToKIN


Assalamualaikum...

Dah lama x entry dalam belog nih.. hehe..

Alhamdulillah sekarang dah masuk tahun baru.. So ada 1 azam yg aku nak buat dan amalkan dlm kehidupan seharian.. hehe.. Emm apa yer? haha.. Sebenarnya niat ni dah lama bersarang dalam hati tp tak serius nk buat.. huhu.. manusia-manusia.. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQFUeZHr8ih7T-49ap-dfopWP92x7IINjvlRhhc1kcouK1fNkNrfu_m-D8csqx0efO8zeWb7If9SacmF-hmITcXduUgK_BSzhq2sK6GVFqQKSMBwrpM3gbJ4cZvWr2_ALE2vjLDe-YURxb/s1600/aura.gif 

Sebenarnya dah lama tahu aurat seorang wanita tu adalah dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Kecuali muka n tapak tangan.. So kaki dh di kira aurat tau.. Tp oleh kerana terbiasa dgn sikap manusia yg cuma anggap rambut je aurat, jadi rasa susah ckit la nk tutup aurat kt kaki tu.. hoho..


So tekad mulai skrg nk tutup aurat kaki.. Nk pakai stokeng je kalau nk keluar g mana2.. Alhamdulillah start dr minggu lepas dh start pakai stokeng bila g kerja, kuar jalan2, kuar jumpa kawan.. Rasa berat jugak nk pakai selalu.. Tp alhamdulillah iman aku lagi kuat dari nafsu.. Alhamdulillah..

Ya Allah.. Mudah2an aku istiqamah dalam menutup aurat dgn baik. Amin..







AZAM KU DI TAHUN 2015

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan nafas oleh Allah untuk hidup di bumi Allah ini.. Sekarang pun dah masuk tahun baru 2015.
So di harap semua impian dan azam anda pada tahun lepas banyak yg dah tercapai.
Sama seperti ku juga. Alhamdulillah kebanyakan impian aku tahun 2014 ni yang dah tercapai.. Alhamdulillah..

So untuk tahun 2015 pulak aku dah berazam sesuatu yang lebih baik lagi dari tahun lepas..
Hihi..
Selalu nya azam-azam aku hanya tulis dekat diari.
Tapi sekarang dah x berminat tulis kat diari. So tulis kat belog jelah.. :)


DARI SEGI KEWANGAN:-

1) Simpan Untuk Jannah RM50 sebulan
2) Mudahan gaji naik
3) Start simpan ASB balik.


DARI SEGI AGAMA & ISTERI

1) Nk tutup aurat sepenuhnya In Sha Allah.
2) Jadi isteri dan ummi yang lebih baik. 

HOLIDAY

1) Smpan duit RM50 sebulan tok holiday..
Haha cukup ke nak bercuti.. Em plan dalam setahun g 2 tempat je..
hehe..
2) Ada rezeki lebih nak g oversea.. Mudah2an termakbul.. Amin..

REZEKI ANAK.

1) Nak PREGNANT lagi tahun depan..
Jannah pun dah besar.. Hihi.. In Sha Allah.. 


" Ya Allah.. Kau Ampunilah segala dosa2 ku yang terdahulu, Dosa2 suamiku, Dosa2 kedua ibu bapaku, Dosa2 kedua ibu bapa mentuaku.. Kau makbulkan la segala impian dan azam ku ini.. Sesungguhnya Engkau adalah Perancang Yang Terbaik untuk umatMu.. Semoga tahun 2015 ini akan jadi tahun yang lebih baik dari sebelum ini.. Amin.."



Tuesday, 30 December 2014

31.12.2014 ... HAPPY BIRTHDAY MY BEST FRIEND ..

Assalamualaikum..

Hari ni 31.12.2014 adalah ulang tahun kawan baik ummi.. 
Nama dia ialah Salmah. Kami dah berkawan sejak kami tingkatan 1 lagi. 
Alhamdulillah sampai skrg kami masih berhubung lagi antara satu sama lain.

So hari ini ulang tahun dia yang ke 26.. hehe.. 
Same la dgn ummi.. kata satu kelas kan.. haha.. tapi skrg x dapat sambut birthday dia sama2.. 
dia sekarang dekat Perak. Ummi pulak kat Selangor. 
Minggu lalu bila balik ke kampung di perak xde kesempatam pulak nk jumpa. huhu..

Dulu masa kami sama2 satu bilik pada sem pertama study kat UiTM perak.. 
Kami akan sambut birthday sama2.. Hoho.. 
Dah lama x sambut birthday sama2..  

Banyak kenangan antara kami.. Walaupun kami kadang2 selalu gaduh tapi kami akan cepat baik semula..hehe..

Jadi ummi ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY to my best friend.. 

"Salmah..Happy Birthday..Semoga kau sentiasa dimurahkan rezeki, cepat bertemu jodohnya dan sentiasa berbahagia bersama family.. 


Semoga persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat.. Amin..

Will always love u My Friend..

Monday, 29 December 2014

KALIMATAN HABIBATAN

Assalamualaikum WBT.

 Syukur Alhamdulillah.. Rini saya nk entry pasal Kalimatan Habibatan. Tahukah anda ada 2 kalimah yang sangat disukai oleh Allah dan boleh memberatkan timbangan amalan kita di akhirat kelak?
Jadi di sini saya ingin kongsikan apakah 2 kalimah itu. Mudah2an kita sama2 dapat amalkan. In Sha Allah.

KALIMAH TERSEBUT IALAH:-


"Kalimatan, habibatan, ila ar-Rahman,..
khafifatan 'ala lisan, taqilatani fil mizan - 

SubhanalLah wabihamdih, SubhanalLahil 'azhim.

"Kalimah yang paling di cintai oleh Ar-Rahman, ringan pada lidah, berat pada timbangan- SubhanalLah wabihamdih, SubhanalLahil 'azhim.

Dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda,

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

"Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman yaitu "Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil 'azhim" (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (HR. Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)

Maknanya:
1.SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA
2. SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung


Janganlah kita biarkan masa berlalu pergi tanpa diisi dengan dzikrullah. Apatah lagi seperti kalimah dzikir tersebut. Mudah, tapi besar ganjarannya.


Jom dengar lagu ni Nyanyian Imam Muda Asyraf.



Wednesday, 17 December 2014

ISTERI SOLEHAH??

Assalamualaikum..

Dalam menjenguk2 ke blog orang lain, dalam hati ku tiba-tiba terlintas satu persoalan..Adakah aku ini mampu untuk menjadi seorang ISTERI YG SOLEHAH kepada suamiku.. huhu.. Rasanya aku ini masih belum betol2 jadi isteri yang solehah.. Hoho.. Sungguh sukar rasanya diri ini untuk jd isteri yang solehah..
Ya Allah, Kau bantu la hamba Mu ini untuk berusaha menjadi isteri yang solehah kepada suamiku dan Ummi yg terhebat untuk anak-anakku.. Kau kuatkan la semangatku ini Ya Allah.. SesungguhNya Engkau adalah Tuhan Yg Maha Penyayang kepada hamba2 Mu.. Amin..

Alhamdulillah.. Perkahwinan aku kini sudah hampir 2 tahun lebih.. Sepanjang menempuh alam rumah tangga ni, banyak dugaan dan rintangan yg mendatang aku dan suamiku tempuhi dengan sebaiknya.. Alhamudulillah.. Kami masing2 xde menimbulkan masalah yg berlarutan.. Aku dan suamiku pun masing2 dah masak dgn perangai masing2.. haha.. Tapi suami isteri mesti ade bergaduh jugak kan? Sedangkan lidah lagi tergigit Inikan pulak suami isteri.. Betol tak?? Tp kami kalau bergaduh pun sekejap jer dh berbaik semula.. kiki.. ^_^

So selagi hayat aku masih di kandung badan.. Aku berharap sgt aku mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah.. Penyejuk mata suamiku dan Pendamping setia suamiku.. Amin.. Mudah2an Ya Allah.. Kau bantula hambaMu ini..Ya Allah
                          

BAGAIMANA NAK JADI WANITA SOLEHAH YER??

** TAAT
Macam mana nak taat? Kena la patuh pada suruhan suami selagi tidak bertentangan dengan syariat agama Islam.Dengar cakap dan PATUH..


**MENJAGA SOLAT 5 WAKTU.
Solat adalah tiang agama. Jadi kita sebagai seorang Muslim hendaklah menitik beratkan soal solat ini dalam keluarga kita. Jangan biarkan solat kita terabai. Sekiranya kita menjaga solat kita sebaiknya maka Allah pun pasti akan menjaga keharmonian dan kebahagiaan keluarga kita.. In Sha Allah.


**MENJAGA AURAT DAN BATAS PERGAULAN.
Dalam Islam telah menegaskan supaya Kaum Hawa menjaga aurat. Jadi isteri juga wajib menjaga dan menutup aurat sebaiknya. Sesungguhnya aurat seorang isteri itu adalah untuk suami nya sahaja. 


**CIUM TANGAN
Semasa suami hendak keluar ke tempat kerja atau ke mana2, ciumla tangan suami anda dengan penuh kasih sayang. Sama juga kalau isteri yang hendak keluar. Ini sangat penting supaya kita mendapat restu dari suami untuk keluar..


**SELALU MASAK UNTUK SUAMI.
Sentiasa la masak untuk suami dan juga keluarga anda. Sesungguhnya air tangan isteri itu lebih kasih sayangnya. Masak la dengan seikhlas hati yer. Ketika masak itu selalu la berselawat kepada Nabi Muhamad SAW supaya makanan yg bakal dimakan oleh kita sekeluarga diberkati Allah..


**JUJUR DAN TIADA RAHSIA
Sikap ini amat penting dalam melayari alam rumah tangga. Suami dan isteri hendaklah sentiasa bersikap JUJUR dengan pasangan masing-masing. In Sha Allah jika sikap Jujur ini diterapkan dalam diri, kebahagiaan akan berpanjangan tanpa ada rasa sangsi atau curiga terhadap pasangan.


**HORMAT
Hormati lah suami kita. Bagaimana untuk kita hormat?? Sekiranya ada perbincangan apa2, buatla keputusan dengan sebaiknya. Kita hendaklah dengar pendapat suami juga. Jangan berbuat keputusan tanpa berbincang dgn suami terlebih dahulu. Ini mungkin akan menyebabkan suami berasa anda tidak memerlukan beliau dalam urusan sesuatu.


**MANJA 
Walaupun sudah mempunyai anak yang ramai jangan biarkan perasaan manja terhadap suami pudar. Sentiasa berusaha untuk bermanja dengan suami anda. Ini amat penting kerana suami akan merasakan diri nya amat diperlukan oleh anda.Rajin2la peluk dan cium pipi suami anda.. :)


**SENTIASA SENYUM.
Suami pasti suka melihat isteri mereka sentiasa senyum. Dengan senyuman sang isteri pasti akan menjadikan isteri selesa dan bahagia. Sekiranya suami balik kerja dalam keadaan letih maka sentiasa la senyum. In Sha Allah suami akan berasa tenang dan lega sahaja.. HIHI..


Tuesday, 16 December 2014

Jannah Ummi Dah Besar...:)


Alhamdulillah.. Rini keje sy x byk so boleh la nk entry pasal our mujahidah.. Nur Jannah Humaira.. Hihi.. Alhamdulillah puteri sulung sy sekarang sudah besar.. Dah pandai ikut arahan, dah tak takot dgn orang sgt dah dan macam-macam lagi la yg jannah dah pndai buat.. Alhamdulillah..

Tanggal 27.12.2014 ni.. genap la umur Jannah 1 tahun 6 bulan.. Jannah mmg mewarisi keturunan aku.. hihi.. (tetiba bahasa kan diri aku plak) xpe kan.. kikiki.. Jannah skrg ni pun berbdan kecik jer.. comey2 je badan dia tu.. kalau sekali tgk Jannah ni macam baby umur 6 bulan jer.. tp sebenarnya dah nk dekat setahun 6 bulan dah pun.. Tp bila org tanya pasal umur Jannah diaorang xterkejut pun.. Depa kata xpa.. Mak dia pun kecik.. so anak pun kecik jugak la.. haha.. Kelako...:)

Jadi nya aku xde la runsing sgt memikirkan keadaan Jannah yg kecik2 tu.. Sbb aku tau Jannah mmg kategori badan kecik . Jannah ikut ummi nya yg comey je selalu.. haha.. Perasan la plok.. Tp xpe.. walaupun Jannah berbdan kecik tp perkembangan dia Alhamdulillah semua normal.. Dan lagi satu yang aku dan suami perasan Jannah mmg susah nk demam ke batuk yg teruk ke.. Sihat je selalu.. Hihi.. Alhamulillah.. Jannah mmg strong baby.. hihi..

Semalam nk cerita ckit.. aku , en husband dan jannah g jumpa kawan en husband.. Kawan en husband tu ade baby boy yg sgt tembam.. Jannah sgt suke tgk baby tu.. Tgk Jannah mcm geram jer kat baby tu.. Siap nk peluk2 lagi baby boy tu.. Yang kelakar nye baby boy tu badan dia lg besar dr Jannah..haha.. Pastu pandai plak Jannah layan baby tu.. Siap nk suap makanan la.. hehe.. Kelako ummi dan abah tgk gelagat Jannah yang makin hari makin membesar tu.. hihi.

 So adakah Jannah dh ready untuk jadik kakak ni?? hihi.. Tetibe kan..In Sha Allah.. Ummi dan Abah dah ready dh.. Jannah pun dah besar dah.. So dah boleh dh ni planning untuk dapatkan Jannah adik.. Hehe.. In Sha Allah..

Ni Gambo2 Jannah Humaira.. Our Little Mujahidah..:)





Dah.. Nanti pulak sambung yer.. Haha:)